Wednesday, July 27, 2011

Script backup menggunakan tar pada Linux

Salam semua,

Arahan tar adalah satu arahan yang digunakan untuk membuat archive pada fail atau folder dalam persekitaran Linux. Fungsinya adalah sama seperti Zip pada persekitaran Windows. Sekiranya anda familiar menggunakan Zip, maka anda faham apakah kegunaan tar pada Linux.

Berikut adalah contoh script backup yang mampu akal secetek ini fikirkan;

#!/bin/sh
# nama fail atau folder yang nak di backup
nama_fail="/home/video /home/music"

# lokasi penyimpanan fail backup
lokasi="/home/Backup"

# nama fail untuk backup - dlm format .tgz
nama_backup="mybackup.tgz"

echo "Proses backup start..."
# arahan tar untuk backup
tar czpPf $lokasi/$nama_backup $nama_fail
echo "Proses backup selesai..."



Simple? Maka cubalah. Sekiranya ingin melakukan secara berjadual, gunakan fungsi crontab untuk melakukan penjadualan. Namun harus diingat bahawa ianya akan membuat full backup setiap kali script dijalankan.

done!








No comments:

Post a Comment